Haziq Haikal

This slideshow requires JavaScript.

Seronok bila dapat merakam keletah anak-anak kecil, sambil dapat buat updater kepada gambar-gambar sebelumnya. Saya pernah merakamkan gambar pertama anak kecil ini pada usianya 14 hari, dan kini saya rakam lagi gambar kedua kalinya pada usia 3 bulan… semakin comel semakin cerdik dan yang bestnya baby ni sentiasa memberikan pose-pose maut dan sangat hebat di hadapan lensa 2.8 saya!!!

Happy Belated Birthday Haikal

Pada 10/10/2009 (Sabtu) beberapa minggu yang lepas, kami ada la buat Open-House sikit. Jemput kejiranan di Lorong 1/13 tu dan beberapa rakan lain di ofis. Terima kasihlah kepada Kak Sham & Hubby, Kak Faridah & Family, Narizan & co., Linda & co., Abg Isk & family serta semua jiran-jiran terutamanya Abg Zul sebab berjaya menyumbangkan 3 buah lagu pada hari tu. Heee….

Pada hari tersebut, kami buat la juga sedikit acara potong kek si bongsu kami (Mohd Haikal) sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-2 tahun. Tu pun belated dah, sori ye nak… mama buat lambat sket. Alhamdulillah, meriah la jugak walaupun buat simple jer. Banyak jugak la Haikal dapat present. Yang menariknya si Haikal ni, dia mempunyai kembar tak seiras-lain mak, lain bapak!!! Baca seterusnya di bawah nanti ye…

Inilah kembar Haikal si Damia. Memang jiran sebelah dinding. Itulah yang menariknya mereka ini… berkongsi tarikh lahir,umur dan dinding rumah!!!

Selamat Ulangtahun ke-2 Haikal & Damia dari Papa, Mama, Danial dan Jian…

[:)]

Mama WanZ…

Art Shot

Salam semua,

Liat giler Mama nak upload gambar semenjak 2 menjak ni. Ni adalah koleksi gambar-gambar Mama dan keturunan. Orang beraya, kitorang dok sibuk bergambar… ala-ala buat iklan “khidmat masyarakat” pulak tu…huhuhu! Foto kebanyakannya oleh Che Mokz sebab dia perasan terer amik gambar. Mama dan anak-anak jadi model je la…. Jom enjoy!

Okey ler… ada ni jer untuk share wit u all. jangan lupa belek-belek gambar-gambar kat post2 sebelumnya eh! Lagi satu nak maklumkan, kat Official Website Seri Pakis ada banyak item baru untuk ditempah. Terutamanya item Stremers untuk promosi Majlis Perkahwinan korang. Boleh tengok-tengik di sana ye… ciao, salam

Mama WanZ

Raya 09

Salam semua…

Selamat Hari Raya maaf zahir jer…heee! Tak sempat pulak Mama nak buat 1 post ucapan hari raya ari tu. Bz buat kuih tunjuk le katakan…heee. Okeh, saja nak berkongsi eksperimental pic masa buat persiapan raya di rumah pak mentua dan aksi terlarang anak-anak bermain bunga api. Enjoy ler…

Okey, ini pulak gambar-gambar yang bermain dengan cahaya yang minima semasa anak-anak dan anak saudara bermain bunga api. (Foto oleh che mokz).

Okey, nantikan cerita sedikit menarik tentang Haikal dan kembar takde kena-mengenanya nanti… chio!

Meeting Tmn Ixora 1/13

Salamz… lamanya tak update blog ni. Mama sibuk bebeno… sejak dah pindah ke BBST ni, perjalanan ke tempat kerja agak jauh berbanding rumah lama. Penat dijalanan je… hee…
Ok, nak update le kisah sket-sket. Sebagai meraikan dan tanda ukhuah di kejiranan baru, penduduk Jln Ixora 1/13 telah mengadakan perjumpaan untuk pertama kalinya seperti berikut:
Tarikh : 5 September 2009 (Sabtu)
Masa : 10.30 Malam
Tempat : Rumah Ustaz Mohd Zuki (No.10, Jalan 1/13)
Pada malam tu Che Mokz menyibukkan diri menjadi photographer (promote le ni…heee…) dan sempat la ambil beberapa keping candid dan acara pada malam tu.

Perjumpaan ini adalah yang pertama kali diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan daripada 35 orang penduduk. Disamping itu juga, terdapat beberapa orang penduduk dari lorong 1/1 dan 1/2 turut menyertai perjumpaan ini.

Diantara agenda perjumpaan tersebut adalah:
1. Sesi taaruf – semua penduduk yang hadir memperkenalkan diri masaing-masing.
2. Perbincangan keselamatan rumah pada musim perayaan.
3. Penerangan mengenai Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI).

Tujuan perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan saling kenal mengenal antara satu sama lain. Perjumpaan ini juga bertujuan untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat di antara penduduk.

Perjumpaan ini turut membincangkan beberapa perkara dan aktiviti untuk kebaikan bersama. Antaranya ialah kawalan musim perayaan, penerangan tentang PPTI, pelantikan AJK lorong, mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat, kawalan malam, pondok kawalan, kutipan yuran lorong, kenderaan laju dan isu bonggol. Borang keahlian PPTI juga turut diedarkan kepada penduduk (bagi yang belum menjadi ahli).

Antara beberapa keputusan yang telah dipersetujui bersama:
1. Pelantikan AJK Lorong
2. Kawalan oleh syarikat security pada musim perayaan (3 @ 4 hari)
3. Majlis bacaan yasin sebulan sekali (1 rumah)
4. Kawalan malam & pondok kawalan
5. Menyenaraikan aktiviti & yuran lorong
6. Mengutarakan isu kenderaan laju & bonggol dalam mesyuarat PPTI

InsyaAllah perjumpaan ini menjadi titik permulaan yang baik kepada penduduk Jalan Ixora 1/13. Adalah diharapkan perkara dan aktiviti yang dirancang ini dapat dijalankan untuk menghidupkan dan memberi kebaikan kepada penduduk Jalan Ixora 1/13. Di samping itu, adalah diharapkan penduduk Jalan Ixora 1/13 dapat bersama-sama memberi sokongan kepada Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) dalam merencanakan aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan untuk kebaikan taman kita.

Antara orang kuat Jln 1/13 (Ustaz Zuki-Ketua Lorong, Rosmi- Setiausaha)

Brader Bob senyum meleret nampak…

Tulis apa ustaz? Laa…. tulis kad raya ropenya! (hee… joke jer).

Amboi sonotnya…

Makan Time!! Acara yang dinanti-nantikan oleh semua yang hadir. Antara menu yang best pada malam tu ialah Mee Bandung (Jln Joned), Bihun goreng kuih-muih, pisang berangan Radix dan air sirap!

Lepas je jamuan hujan pun menderu datang dengan lebatnya. Diharapkan ianya hujan rahmat yang merestui perjumpaan pada malam itu dan memberikan kesejahteraan kepada semua warga 1/13 dan sekitarnya… Amin!


Salam dari Mama WanZ

Salam semua, Anda sedang melayari Blog Lensa-Pakis, blog berkaitan Children Photography, pakej untuk foto-shoot dan tips berkaitan kanak-kanak yang sesuai untuk dikongsikan bersama ibu-bapa di luar sana! Selamat melayari blog ini, dan happy selalu ya!!!

Kategori Foto

Blog Stats

  • 1,065 hits

Flickr | Seri Pakis