Archive for the 'Umum' Category

Meeting Tmn Ixora 1/13

Salamz… lamanya tak update blog ni. Mama sibuk bebeno… sejak dah pindah ke BBST ni, perjalanan ke tempat kerja agak jauh berbanding rumah lama. Penat dijalanan je… hee…
Ok, nak update le kisah sket-sket. Sebagai meraikan dan tanda ukhuah di kejiranan baru, penduduk Jln Ixora 1/13 telah mengadakan perjumpaan untuk pertama kalinya seperti berikut:
Tarikh : 5 September 2009 (Sabtu)
Masa : 10.30 Malam
Tempat : Rumah Ustaz Mohd Zuki (No.10, Jalan 1/13)
Pada malam tu Che Mokz menyibukkan diri menjadi photographer (promote le ni…heee…) dan sempat la ambil beberapa keping candid dan acara pada malam tu.

Perjumpaan ini adalah yang pertama kali diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan daripada 35 orang penduduk. Disamping itu juga, terdapat beberapa orang penduduk dari lorong 1/1 dan 1/2 turut menyertai perjumpaan ini.

Diantara agenda perjumpaan tersebut adalah:
1. Sesi taaruf – semua penduduk yang hadir memperkenalkan diri masaing-masing.
2. Perbincangan keselamatan rumah pada musim perayaan.
3. Penerangan mengenai Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI).

Tujuan perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan saling kenal mengenal antara satu sama lain. Perjumpaan ini juga bertujuan untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat di antara penduduk.

Perjumpaan ini turut membincangkan beberapa perkara dan aktiviti untuk kebaikan bersama. Antaranya ialah kawalan musim perayaan, penerangan tentang PPTI, pelantikan AJK lorong, mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat, kawalan malam, pondok kawalan, kutipan yuran lorong, kenderaan laju dan isu bonggol. Borang keahlian PPTI juga turut diedarkan kepada penduduk (bagi yang belum menjadi ahli).

Antara beberapa keputusan yang telah dipersetujui bersama:
1. Pelantikan AJK Lorong
2. Kawalan oleh syarikat security pada musim perayaan (3 @ 4 hari)
3. Majlis bacaan yasin sebulan sekali (1 rumah)
4. Kawalan malam & pondok kawalan
5. Menyenaraikan aktiviti & yuran lorong
6. Mengutarakan isu kenderaan laju & bonggol dalam mesyuarat PPTI

InsyaAllah perjumpaan ini menjadi titik permulaan yang baik kepada penduduk Jalan Ixora 1/13. Adalah diharapkan perkara dan aktiviti yang dirancang ini dapat dijalankan untuk menghidupkan dan memberi kebaikan kepada penduduk Jalan Ixora 1/13. Di samping itu, adalah diharapkan penduduk Jalan Ixora 1/13 dapat bersama-sama memberi sokongan kepada Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) dalam merencanakan aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan untuk kebaikan taman kita.

Antara orang kuat Jln 1/13 (Ustaz Zuki-Ketua Lorong, Rosmi- Setiausaha)

Brader Bob senyum meleret nampak…

Tulis apa ustaz? Laa…. tulis kad raya ropenya! (hee… joke jer).

Amboi sonotnya…

Makan Time!! Acara yang dinanti-nantikan oleh semua yang hadir. Antara menu yang best pada malam tu ialah Mee Bandung (Jln Joned), Bihun goreng kuih-muih, pisang berangan Radix dan air sirap!

Lepas je jamuan hujan pun menderu datang dengan lebatnya. Diharapkan ianya hujan rahmat yang merestui perjumpaan pada malam itu dan memberikan kesejahteraan kepada semua warga 1/13 dan sekitarnya… Amin!

Mula Sepi…

Cak! Seronok ke hari baru, minggu baru ni? Mama dah mula dilanda kesibukan… nak update blog pun dah mula tertangguh. Insya Allah Mama akan uploadkan gambar-gambar semasa percutian singkat kami di Port Dickson weekend lepas. Mama tengah “sibuk” menguruskan rumah baru. Banyak nak dibuatnya, grill… porch.. dapur… fuh! Tunggu je gambar-gambar rumah baru dengan konsep caca-marba kitorang nanti…

Lensa-Pakis di Direktori Perniagaan SIM

[Umum] – Sebagai langkah mempromosikan Lensa-Pakis, Mama dah pun menyenaraikan perkhidmatan Lensa-Pakis di direktori Perniagaan SIM. Portal yang baik untuk kita lawati dan lihat lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai vendor. Mama harap Lensa-Pakis semakin dikenali dan ibu-ibu yang rajin melayari laman web boleh mencuba perkhidmatan yang Lensa-Pakis tawarkan… 😀

Mama WanZ

[Um] Aksi Miaw

[Umum] – Salam dan apa khabar semua! Macam mana dengan cuti hujung minggu anda? Weekend lepas sempat juga mama tolong Che Mokz cover wedding Subha & Hafiz di Bangi. Okey yang nak diceritakan ialah subjek lain dari wedding tu. Mama memang suka ambil candid kebelakangan ni, so sementara menunggu pengantin lelaki datang, ternampak la pulak si pussy-cat doll ni. geram betul dengan bulu-bulunya yang gebu dan bersih.

Kanak-kanak yang ada pun suka membelai si kucing Garfield ni, mama pun ambil kesempatan shoot aksi-aksi manja si Garfield. gedik betul!

————————————————–
Gambar-gambar pernikahan Subha dan Hafiz di Seri Pakis.com…
————————————————-

Pakej sedang dikemaskini

Cak! Mama muncul lagi… nak maklumkan jer. Oleh kerana web rasmi kami (Seri Pakis.com) telah pun mewar-warkan tentang kewujudan blog ini, nak beritahu Pakej yang kami tawarkan sedang dikemaskini dan akan ada pautan untuk halaman pakej tidak lama lagi. Harap u all bersabar yea…

Mama WanZ


Salam dari Mama WanZ

Salam semua, Anda sedang melayari Blog Lensa-Pakis, blog berkaitan Children Photography, pakej untuk foto-shoot dan tips berkaitan kanak-kanak yang sesuai untuk dikongsikan bersama ibu-bapa di luar sana! Selamat melayari blog ini, dan happy selalu ya!!!

Kategori Foto

Blog Stats

  • 1,065 hits

Flickr | Seri Pakis