Archive for the 'Toddler/Kids' Category

Playground

[Toddler/Kids] – Salam semua… huhuhu lamanya mama berehat kan! Sekarang ni sibuk sikit menguruskan rumah baru, banyak nak di sediakan lagi sebelum benar-benar boleh berpindah. Minggu lepas, tengah kami mengecat bilik anak-anak.. ada satu kejadian pecah rumah tak jauh dari rumah kami. Kebetulan masa tu ada pekerja Indonesia yang kami upah untuk siapkan wiring dan simen laman belakang. Kecoh la jugak sebab kepala pekerja tu kena tahan dengan pihak polis. Mujur dia ada Ic (PR) dan brader seblah rumah yang baik dengan pihak polis tempat kami tu kenal si kepala ni. Tak jadi le kena heret ke balai. Kalau tak….

Belum ada job baru, maka mama post gambar rakyat dan kandid sket-sket masa bermain di playground Taman Bukit Jalil.

Danial : Pakis Jr.

[Toddler/Kids] – Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke lantai eh! ke nasi… Besarlah harapan kami ingin melihat anak-anak kami mewarisi apa yang kami usahakan sekarang. Danial dah mula menunjukkan bakat dan minat terhadap seni. Dia kini mula menjejak langkah papanya (Che Mokz) yang pernah menjadi kartunis (freelance jer…) masa mudanya.

Papanya dah pun merancang untuk memperkembangkan bakat dan hasil seni Danial kepada bahan-bahan komersil. Tapi buat masa ni masih belum boleh didedahkan lagilah. Danial pun dah mula minat dengan photography. Habis D80 mama di lenjannya masa di zoo tempohari. Rasanya, dengan sedikit bimbingan dia dah boleh jadi photographer kanak-kanak (maybe termuda!) secara profesional, Insya-Allah…

Kalau bab berposing, Danial memang suka. Kadang mama teringin juga nak masukkan dia di mana-mana Talent yang mencari model kanak-kanak ni. Tapi belum berkesempatan, manalah tahu kalau ada terjumpa secara kebetulan di mana-mana…

Sesi preview dan komen oleh juri kecil (Jihan) sebab dia yang buat keputusan gambar-gambar mama ambil ok ke dak.. Uh!

Candid: Zoo Negara

[Toddler/Kids] – Salam, selamat berminggu baru. Weekend lepas mama balik kampung menjenguk keluarga di kampung. Sambil tu menghantar baju raya, dah last minit gak nih. Banyak tempat dah tak ambil tempahan. Nasib baik tempat mama selalu hantar tu masih nak.

Okey, yang nak diceritakan ni adalah cerita di zoo tempohari. Mama rasa cepat tul la masa berlalu. Cerita yg lama tak habis post lagi, dah masuk minggu baru. Minggu ni punya post sepatutnya mama nak kongsikan gambar-gambar anak saudara mama (Nurul Ain Syuhadah) masa kitorang buat outdoor weekend lepas. Takpelah, kita go thru satu persatu koleksi yang mama ada sampai le ke hari jumaat ni ya… Untuk hari ni mama nak kongsikan beberapa candid wajah-wajah anak Malaysia yang riang gembira dan pelbagai gaya bila berada di zoo… enjoy!

Okey, sampai sini dulu. Kalau ada lagi yang belum mama masukkan, mama akan buat part 2 pulak! Cau cincau….

Jihan: Payung Merah (1)

[Toddler/Kids] – Seperti yang dijanjikan, Mama postkan shot-shot perasan model si Jihan dengan payung merahnya. Ekcelly, payung tu dibeli setibanya kami kat zoo tu. Kebetulan memang tak bawa payung, then Jihan dah nampak payung dengan kartun Mini Mouse. Apa lagi, dia terus capai je…

Papanya dan Danial pulak shopping cap (sukahati diorang laa…). Mama dan Haikal tak beli apa. Then, kitorang pun memulakan lawatan.

Masa ni mood si Jihan ni out terus. Maklum la, masa on d way tu dia tido dalam keta, bila bangun tu moodnya tak berapa baik. Nak suruh posing pun, malas jer…

Apa yang dapat kitorang buat ialah candid shoot je la…. Lepas 1 jam berlegar-legar tu, barulah mood dia ok dan bersedia untuk pose. Tu pun muka monyok giler…

Oklah, untuk part 1 sampai sini jer… Mama nak gi lunch jap. Lapau giler nih…

Candid : Wedding

[Toddler/Kids] – Baiklah, MAMA nak sambung cerita candid tadi kepada gambar-gambar yang lebih menarik. Kalau u all berada di satu-satu majlis kahwin, mesti akan dapat lihat aksi/pakaian/gaya kanak-kanak yang turut memeriahkan majlis tu.

Konsepnya… mama dapat kumpulkan beberapa candid semasa di Majlis kahwin. Ada gambar-gambar yang berlaku secara spontan dan kostum yang menarik! Jom kita tengok gambar-gambar ni…

Mama rasa gambar yang ni adalah yang sangat menarik, dengan kostum dan ekspresinya, dan latarbelakangnya yang berwarna-warni… kan!


Salam dari Mama WanZ

Salam semua, Anda sedang melayari Blog Lensa-Pakis, blog berkaitan Children Photography, pakej untuk foto-shoot dan tips berkaitan kanak-kanak yang sesuai untuk dikongsikan bersama ibu-bapa di luar sana! Selamat melayari blog ini, dan happy selalu ya!!!

Kategori Foto

Top Posts

  • None

Blog Stats

  • 967 hits

Flickr | Seri Pakis

Pantai Bagan Lalang

More Photos

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.