[Tips]- Assalamualaikum semua, ini adalah tips pertama dari Mama WanZ untuk para ibu yang suka sangat nak shoot-shoot gambar anak-anak mereka. Ikuti panduan berikut, dan insya-Allah hasilnya membuatkan anda teruja dan nak lagi, dan lagi cara terbest untuk merakamkan gambar-gambar mereka!
Tips 1: Rakam gambar secara kandid
Kenapa gambar kandid? Soalan yang bagus! Sebabnya, emosi dan ekspresi kanak-kanak lebih terserlah apabila aktiviti atau apa yang mereka lakukan dibuat secara spontan. Biarkan mereka melakukan apa saja yang mereka suka dan cuba dapatkan shot-shot candid yang terbaik, dengan ekspresi wajah mereka, dengan situasi di kelilingnya dan yang penting mood mereka!



Tips 2: Ambil gambar semasa travel/ shopping
Anak-anak saya misalnya, cukup happy (dan especially nakal) bila dapat ke tempat-tempat yang menarik atau kesukaan mereka. Cuba rakam aksi mereka semasa mereka melihat orang yang lalu lalang di sekelilingnya, ataupun semasa mereka sedang seronok bermain air di kolam renang, ataupun semasa mereka meniru patung-patung perhiasan/gambar-gambar picture wall yang terdapat di pusat membeli-belah.

Jangan lupa tempat/subjek penting semasa anda travel tu. Contohnya di depan hotel penginapan, atau pintu masuk taman tema yang dijadikan latar belakang. Tujuannya, bila anda belek semula gambar tersebut, kadangkala akan lupa tarikh atau tempat di mana gambar itu diambil. Penanda-penanda yang ada dalam gambar itulah yang akan mengingatkan kita semula perkara penting yang akan dibualkan nanti.
Tips 3: Jom ke padang permainan!
Di padang permainan, sumber cahaya sangat banyak dan sesuai untuk kita rakamkan gambar mereka. Pelbagai setting boleh diaplikasikan dan inilah masanya kita boleh dapatkan ekspresi wajah mereka, angle dan warna yang cukup dan komposisi yang kreatif.


Tips 4: Letakkan diri anda (tukang shoot) sama level dengan model anda.
Ini adalah satu teknik yang penting, iaitu pastikan mata anda (viewfinder) adalah separas dengan mata anak anda semasa mengambil gambar mereka. Contohnya, jika anak anda sedang duduk di kerusi dan membaca buku, rendahkan kedudukan kita agar sama paras dengan mata mereka, walaupun terpaksa meniarap (atau posisi yang anda boleh capai) agar ekspresi muka anak-anak lebih jelas dan proportion.

Tips 5: Cuba kreativiti anda
Selain dari kedudukan yang biasa, anda boleh mencuba pelbagai angle dan teknik untuk menghasilkan potret anak-anak agar lebih menarik. Teknik CLS (Creative Light System), perspektif dan view angle (pandangan dari atas/bawah/celah-celah) boleh dipraktikkan.


Bagaimana? Rasanya dah terbayang bagaimana anda akan ambil gambar anak-anak anda bila balik dari kerja nanti kan! Dari saya, setakat ini sajalah buat kali yang pertama ini. Insya-Allah saya akan kongsikan panduan atau artikel yang berkaitan dengan kanak-kanak di masa akan datang. Harap bersabar dan rajin-rajin la jenguk blog ni ye… jumpa lagi!
Mama WanZ

Your Lensa-Fans Comments